Google
Hasil Carian Kome Kat Bawah Nun...

Saturday, September 27, 2008

Balik Kampung

Alhamdulillah, sedor tak sedor dah pun hari ke 28 kite semue per puase. Personally ini adalah hari raya yang ke 31 disambut oleh keme. InsyaALLAH tema tahun nih warna biru. Anak2 punya pakaian baru semalam dibeli. Bukan sengaje nak beli last minit, cuma keadaan dan kesibukan agak mencemburui kami sekeluarga pada tahun ini. Mujurlah semalam dapat saya, isteri dan anak2 pergi tinjau kompleks beli belah. Dapatlah juga beli pakaian baru untuk anak2 dan diri sendiri. Wife kata "wah nampak beria-ia diorang beraya tahun ni ya bang" :-) bukan apa, bulan puasa tahun lepas keme kat Dubai. Masih bekerja dengan syarikat pembinaan bumiputera yang lama. Jadi, takda lah org rumah berpeluang nak bawa anak2 pergi membeli belah dengan selesa. Bagaimanapun, keme sempatlah mecari baju raya anak2 kat Dubai.


Arini dah pun ari ahad, walaupun dah mula bercuti tapi takdapat jugak nak balik awal ke kampung. Nak buat camna, kite dapat cuti tapi orang rumah plak sangkut dengan arahan bos dia yang buat2 tak paham and tak prihatin tu. Hampeh gak dapat bos cam gitu. Keme plak nasib baik Bos sporting gilers punya. Tapi bukan lah tiket untuk buat sambil lewa kerja kan... Maka, dengan segala perkiraan mungkin malam raya barulah berkesempatan balik ke Teluk sena, Lambor. Rindunya kampung halaman keme ini. Arwah abah yang tersayang pun dikebumikan di kampung tercinta ni. Since rumah kampung dah tak berpenghuni, maka terpaksa lah kemas rumah awal-awal. biasanya abang2 kat perak lah yang balik tolong kemas2kan rumah, buang sawang, sapu sampah dan segala yang patut. Abang Mid, Nyah Mail, Abang Osman dan keluarga mereka lah yang terdekat dengan kampung di Teluk Sena Lambor. Hemmm, dengaranya yang lain2 pun tak boleh balik awal. Takpalah, camna pun diorang dah plan nak masak lemang pada hari selasa tu. Bestnya kalau boleh balik pagi selasa, at lease boleh lah tolong mengacau bakau lemang :-) saja posing amik gambar hahaha...