Google
Hasil Carian Kome Kat Bawah Nun...

Friday, March 28, 2008

HIMPUNAN RAKYAT DAN MUNAJAT PERDANA


Sempena Kemenangan PAS Di Selangor
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -----#

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Seluruh RAKYAT dijemput untuk menghadiri Himpunan Rakyat Dan Munajat Perdana mensyukuri kemenangan PAS & Barisan Alternatif di Selangor.
Program julung kali ini disusun untuk memberi peluang rakyat Selangor khususnya untuk mengamati amanat serta harapan dari pemimpin negara demi mengisi dan mengekalkan kemenangan PAS dan Barisan Alternatif di Selangor, khasnya;


Majlis akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : Isnin, 31-Mac-2008
Masa : 8.00malam
Tempat : Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor (bersebelahan Stadium Utama Shah Alam)
(tempat letak kereta perkarangan Stadium Utama atau tapak Pasar Hari hadapan Stadium Melawati)


Antara pemimpin negara yang akan bersama adalah;

- YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS, Ahli Parlimen Marang

- YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa,
Timbalan Presiden PAS, Ahli Parlimen Bachok

- YB Dato Dr Hasan Ali,
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Exco Kerajaan Negeri Selangor

- Seluruh barisan Exco & Wakil Rakyat PAS Negeri Selangor yang memenangi PRU-12 baru- baru ini.


Tetamu khas pada majlis ini adalah;

- YAB Tan Sri Khalid Ibrahim,
Menteri Besar Selangor Darul Ehsan.

Wednesday, March 26, 2008

TEMU-BUAL DGN MB KITE...

Beri peluang untuk kami buktikan - MB Perak
Ahmad Lutfi Othman & Azamin Amin | Foto Munizam
Thu | Mar 27, 08 | 9:30:05 am MYT

Selepas dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh, ditambah lebih tujuh jam menunggu termasuk 'memberi laluan' kepada kunjungan hormat Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah selama setengah jam, di samping menanti tiga mesyuarat membabitkan pegawai kanan kerajaan negeri, akhirnya Harakah berpeluang mewawancara Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di pejabat Perhubungan PAS Perak, Jumaat, 21 Mac lalu.

Biarpun kesibukan membatasi, beliau dengan sikap tenang meluangkan masa kira-kira 45 minit dengan penuh bersemangat dan mesra melayan wawancara Ketua Pengarang Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN bersama wartawan AZAMIN AMIN. Pertemuan berharga itu tamat jam 6.40 petang bagi memberi ruang kepada beberapa pimpinan DAP Perak yang menunggu giliran mengadakan perbincangan dengan beliau, khususnya mengenai potfolio Exco Kerajaan Negeri.

ImageHARAKAH:Bagaimana perasaan Tuan Haji setelah dilantik menjadi Menteri Besar Perak?

IR MOHAMMAD NIZAR: Assalamualaikum wbt, saudara-saudara yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian daripada Harakah.

Syukur alhamdullilah buat masa ini ketiga-tiga parti di negeri Perak ini telah bersetuju untuk menerima PAS sebagai peneraju dan memberi sokongan kepada perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang melantik saya sebagai menteri besar.

Oleh itu 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), 18 DAP, 7 KeADILan dan 6 PAS bersetuju sebulat suara, kesemuanya menyokong saya sebagai menteri besar tanpa berbelah bahagi. Jadi penubuhan kerajaan campuran ini adalah di atas dasar ingin melaksanakan kerajaan yang adil, yang amanah, berkebajikan, telus dan berwibawa.

Apabila saya diberi amanah untuk menerajui kerajaan campuran ini sudah tentulah perasaan saya adalah pertamanya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT.

Yang keduanya perasaan cemas. Kenapa cemas...sebab ia merupakan suatu suasana yang belum pernah diterokai oleh mana-mana pihak khususnya di negara ini.

Jadi kita tidak ada garis panduan, kita tidak ada nasihat daripada mana-mana pihak dan jika kita nak cuba rujuk kepada 'set-up' yang ada di Kelantan jauh sekali, modul yang ada di Kedah juga tidak bersesuaian, contoh yang ada di Pulau pinang jauh berbeza, dan set-up di Selangor juga tidak boleh dimanfaatkan.

Akhirnya pimpinan PAS terpaksa bekerjasama dengan KeADILan dan DAP bagi membincangkan jalan tengah yang boleh diterima walaupaun tidak sepenuhnya.

Oleh itu terbit perasaan cemas, perasaan takut dan rasa ngeri pun ada. Malah ada juga perasaan pilu...

Tetapi dalam banyak-banyak perasaan ini yang membuatkan saya 'boleh pergi' (mampu meneruskan tanggungjawab) itu adalah perasaan keyakinan kepada Allah SWT.

Kerana ini adalah perkara yang tidak pernah dimimpikan oleh PAS Perak, jadi kita rasakan apabila ia ditakdirkan begitu, sudah pastilah Allah SWT memberikan jalan keluar sesuai dengan firman-Nya dalam surah At-Talaq yang bermaksud apabila '...kita bertawakal kepada Allah maka dia-Nya akan memberi jalan keluar...'

Itulah pengharapan yang tinggi membuatkan kami di Perak ini khususnya pimpinan daripada al-Fadil Ustaz Ahmad Awang selaku Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Perak bersama seluruh sembilan orang lagi ahli Harian yang lain.

Sebab kita hanya minta hari itu (pilihan raya umum) nak menang, kot boleh pun jadi pembangkang, habis-habis hebat pun jadi pembangkang yang kuat, tetapi Allah ini Maha Mengetahui benda-benda sedemikian.

Sehingga satu lonjakan yang kita tidak boleh duga, penghormatan daripada parti KeADILan dan DAP kepada kami pun menunjukkan ini pun ada merupakan kurniaan Allah. Jadi kita terima ketetapan itu.

Bagaimana pula dengan proses awal penubuhan kerajaan campuran dan lantikan Tuan Haji selaku Menteri Besar yang pada mulanya mengundang perselisihan faham?

Bekenaan dengan masalah yang kita hadapi dalam penubuhan itu, sudah tentu adalah perselisihan faham. Terengganu yang mana kerajaan majoritinya adalah Umno, yang orang satu agama satu bangsa pun ada masalah, apatah lagi kami di sini.

Dan tiga parti, dan tiga bangsa maka sudah tentulah masalah jauh lebih besar tetapi alhamdulillah dengan kaedah-kaedah dan pengharapan yang tinggi itu, maka dapat dilaksanakan sehinggalah sampai ke tahap menteri besar itu boleh mengangkat sumpah.

Alhmadullilah buat masa ini, perasaan takut dan cemas tadi semakin berkurangan walaupun masih lagi kadang-kadang itu perasaaan bimbang kerana yang nak kita hadapi ini adalah perkara yang tidak menentu.

Jadi yang kita buat 'jambatan' ini, yang boleh menyeberang satu anak sungai tetapi banyak lagi sungai-sungai yang di depan itu yang mana jambatannya belum kita ketahui ada atau sebaliknya. Itulah perasaan yang dicurigai dan menghantui.

Walau bagaimana pun pengharapan kepada Allah itu masih kuat dan kita berkeyakinan suasana yang ada pada hari ini adalah merupakan ketentuan-Nya, jadi kita menerima.

ImageTuan Haji banyak menyebut bahawa Tuan Haji bukanlah menteri besar PAS, KeADIlan dan DAP tetapi menteri besar seluruh rakyat namun rakyat di bawah atau mungkin ada suara-suara daripada orang kecewa dengan pilihan raya lepas memomokan yang Tuan Haji ini menjadi boneka kepada DAP?

Saya tidak nafikan tanggapan sebegitu rupa memang ada terutama daripada musuh tradisi PAS iaitu BN. Walau bagaimanapun pada hakikatnya hari ini, pada awal-awal lagi DAP dan KeADILan memberi sokongan sepenuhnya terhadap pemerintahan dan teraju ini kepada PAS.

Yang keduanya segala syarat-syarat yang ditetapkan untuk sampai ke tahap membina kerajaan yang berteras kepada nilai-nilai universal ini, diterima oleh KeADILan dan diterima oleh DAP.

Yang ketiganya jika ianya dianggap sebagai boneka, sudah tentulah beberapa portfolio-portfolio yang penting dalam kerajaan negeri Perak akan cuba dikuasai oleh mereka.

Tetapi setakat ini segala-gala portfolio yang besar-besar, yang dasarnya adalah dasar yang kukuh ianya diserahkan kepada Menteri Besar.

Saya tidak nafikan tanggapan itu akan berterusan.

Yang keempatnya, perjalanan saya dengan masyarakat sepanjang 10 hari setelah menerima titah angkat sumpah menjadi menteri besar itu, penerimaan masayarakat berbilang kaum sama ada daripada Cina mahupun India cukup-cukup baik dan amat mengkagumkan.

Pada satu sesi di mana ada hampir-hampir 6,000 anggota masyarakat Cina, saya diminta untuk berucap sedikit, boleh katakan dari segi penerimaan itu amat menggalakkan dan menakjubkan.

Dan saya merasakan tanggapan negatif itu tidak benar dan memang kita terima hakikat ini bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan campuran dan saya tidak mewakili mana-mana parti dan individu. Saya mewakili keseluruhannya. Cuma masa dan waktulah yang akan membuktikan sama ada ianya boleh ataupun tidak.

Dan seperkara lagi yang tidak menunjukkan ia boneka ialah apabila DAP merancang untuk memulaukan sesi angkat sumpah itu dan saya sempat membincangkan perkara-perkara tersebut dengan Paduka Tuanku yang menyebabkan dikeluarkan satu kenyataan rasmi pimpinan DAP memohon keampunan daripada Tuanku Sultan Perak.

Akhirnya pada 17 Mac, Yang Berhormat Lim Kit Siang sendiri telah mendapat titah daripada Paduka Sultan untuk beliau bukan sahaja hanya membuat kenyataan tetapi secara fizikalnya memohon ampun dan itu merupakan satu penghormatan yang mana unsur-unsur boneka itu tidak wujud.

Maknanya akhir-akhirnya kembali kepada tahap menghormati keputusan yang dibuat oleh Paduka Seri Sultan Perak.

Tempoh hari di Perak, ada juga beberapa perhimpunan awal yang didalangi oleh Umno dalam soal untuk membangkitkan sentimen melayu mungkin dan bagaimana situasi serta keadaan sekarang di peringkat bawahan ini?

Pada awal-awalnya memang ada, satu barisan tindakan yang dipelopori oleh penyokong Umno barangkali, cuba mengadakan perhimpunan di Padang Polo, namun oleh kerana ketiadaan permit ianya telah berubah ke satu lokasi yang lain tetapi sambutannya agak hambar kerana mereka juga agak tersepit.

Kerana sekiranya mereka mengenengahkan isu boneka ini banyak sangat, maka ianya akan memberi kesan kepada ketaatan mereka kepada kebawah Duli Tuanku Sultan Perak.

Oleh itu mereka cukup berhati-hati dan apa yang mereka utarakan adalah menghormati keputusan dan mereka minta orang yang hadir itu menghormati keputusan daripada Istana. Jadi untuk itu walaupun mereka nak mengelurkan kenyataan boneka ini, mereka agak tersepit kerana apabila mereka sebut, sudah tentulah mereka tidak menghormati keputusan Istana.

Dan Istana melantik saya sebagai menteri besar adalah berdasarkan kepada faktor-faktor dan penilaian oleh Tuanku sendiri terhadap tiga calon yang diutarakan untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Jadi ketiga-tiga calon ini telah dianalisis secara terperinci dalam semua aspek oleh Paduka Seri Sultan dan apabila istana membuat kenyataan memperkenankan dan bertitah bahawa pimpinan daripada PAS yang mana Mohammed Nizar ini menjadi menteri besar, maka dengan sendirinya kalau mereka bertindak 'membonekakan' iaa akan sampai ke tahap tidak menghormati keputusan.

Selain disebutkan soal menterjemahkan manifesto pilihan raya, kerajaan adil beramah dan berkebajikan, mungkin boleh dirumuskan dalam bentuk yang boleh menunjukkan misi Tuan Haji sendiri di Perak?

ImageYang khususnya apa yang nak saya sampaikan kepada penduduk di Perak adalah...kerana rakyat Perak kombinasi kaumnya menunjukkan bahawa kita tidak boleh bangkitkan dalam isu-isu bangsa dan kaum ini sangat.

Sebab masyarakat Cina boleh dikatakan ada sekitar 41 peratus manakala Melayu 50 peratus dan selebihnya kaum-kaum lain.

Untuk itu apa yang ingin saya sampaikan selain nilai-nilai unversal itu, adalah kerajaan ini adalah kerajaan mesra rakyat, mesra perniagaan, mesra pelabur dan mesra fahaman ataupn mesra agama.

Oleh itu rakyat di negeri Perak faham bahawa kerajaan ini tidak akan meninggalkan dan menganiaya bangsa lain kerana teras kita adalah mesra rakyat, mesra perniagaan, mesra pelabur dan mesra fahaman dan mesra agama.

Malah secara khususnya kita dalam usaha nak menterjemahkan nilai-nilai universal tadi dalam konteks peradabadan dan perjalanan kerajaan ini ...insya-Allah.

Apa langkah-langkah awal yang dilakukan oleh Tuan Haji setelah menjadi MB Perak dalam menunaikan tuntutan rakyat, adakah mencontohi kerajaan Pulau Pinang yang didakwa kononnya menghapus DEB atau merujuk kepada kerajaan Kedah yang akan mengurangkan cukai tanah yang tinggi sebelum ini?

Hal itu suatu hikmat apabila kita terpaksa mengambil masa seminggu untuk membincangkan struktur yang paling sesuai dalam rangka untuk menubuhkan kerajaan campuran ini, maka dalam peluang tempoh tujuh hari itu, perlakuan yang berlaku di Pulau Pinang dan kerajaan Kedah termasuk di Selangor memberi gambaran kepada kita untuk menganalisis kesan hasil apa yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar di negeri masing-masing.

Secara tidak langsung memberi pengajaran kepada kami berhubung ada pekara-peerkara yang boleh disebut dan ada yang tidak boleh disebut malah ada perkara yang perlu disebut tetapi dengan nada yang cukup-cukup lunak.

Itulah hikmahnya dan jika diperkenankan lebih awal kerajaan negeri Perak ini kemungkinan kita akan tersasul malah kenyataan saya mungkin tersasar dan akan mewujudkan suasana yang sukar dihadapi.

Untuk itu kita menyatakan bahawa tawaran kami adalah berdasarkan kepada tawaran pilihan raya yang baru ini.

Jadi perkara yang disentuh pada awalnya setelah angkat sumpah ialah memansuhkan segala-gala notis untuk kompauan kepada setiap Majlis Perbandaran...kita ada 15 Majlis Perbandaran di Perak ini untuk sekali itu sahaja ini termasuk salah laku 'parking' letak kereta dan juga kepada penjaja. Itu sahaja. Lain daripada itu kita tidak sentuh.Sudah tentu ini memberi kesan baik kepada raakyat.

Lain kita tidak sentuh kerana kita khuatir kombinasi kaum yang ada akan mengundang kepada perkara-perkara yang kurang manis.

Tuan Haji ada menyebut tentang kerajaan yang mesra pelabur dan tadi pun Dato' Seri Anwar ada sebut tentang untuk menumpukan kepada peningkatan ekonomi di lima negeri yang diperintah Barisan Alternatif (BA), seolah-olah ada mesej yang nak disampaikan bahwa akan berlaku sekatan ekonomi khususnya daripada kerajaan Pusat, adakah Tuan Haji menjangka perkara itu dan apakah tindakan menangani isu itu?

Pertamanya saya nyatakan pada awal tempoh hari bahawa kerajaan campuran ini berpaksikan atas nilai-nilai universal itu sendiri dan kita akan menyampaikan kepada rakyat bahawa hasilnya ialah memberi manfaat kepada rakyat.

Yang pertamanya kebajikan, jadi rakyat ingin lihat apakah bentuk kebajikan yang tercerna hasil daripada kita yang membuatkan kerajaan yang adil dan telus ini. Mesti ada bentuk kebajikan kepada mereka dalam apa bentuk sekali pun...dalam bentuk sosialnya, pendidikannya.

Yang keduanya, kita mesti tunjukkan bahawa kerajaan ini mempunyai sifat-sifat 'kemesraan' dan tidak menakutkan pelabur-pelabur dalaman dan luaran.

Perkara-perkara yang menakutkan ialah sekiranya tiada 'continuity', kesinambungan daripada kerajaan terdahulu BN kepada kerajaan baru.

Kalau peralihan itu memberi beberapa simbol-simbol bahawa ada pertukaran dan perubahan besar yang melibatkan dasar maka ini akan menimbulkan kekhuatiran.

Oleh itu apa yang kita jangkakan ialah portfolio-portfolio di bawah menteri besar terdahulu adalah lebih kurang sama dengan menteri besar yang ada hari ini dan itu sekaligus memberi ketenteraman kepada peniaga-peniaga khususnya pelabur-pelabur.

Saya bagi contoh ada satu pelabur yang memang sudah menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan kerajaan negeri yang terdahulu (BN) yang kemudiannya menyatakan untuk memikirkan semula perjanjian tadi memandangkan kerajaan baru (BA) telah ditubuhkan dan berfikir untuk melabur di lokasi lain.

Saya sendiri telah menghubungi pelabur tersebut yang berasal daripada negara Timur Tengah, dan setelah diterangkan secara peribadi...dia berbahasa Arab dan saya juga boleh berbahasa sama dan alhamdullilah ia berjaya dipulihkan dan pelabur tersebut akhirnya mahu meneruskan hajatnya untuk melabur di negeri ini.

Yang ketiga yang kita katakan mesra ini ialah, semangat Persekutuan. Maknanya kerajaan yang ada pada hari ini tidak sekali-kali akan menunjukkan apa-apa ruang yang boleh menyebabkan rakyat berpendapat bahawa akan terjejas hubungan antara negeri dengan Persekutuan.

Oleh itu semangat 'Federalisme' itu akan sentiasa dijunjung dan kita tidak mahu terjejas. Dalam semua aspek dan kita tidak akan menafikan apa sahaja dasar-dasar misalnya Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Ini akan memberi ransangan ataupun pengajaran kepada kami untuk tidak menyentuh kalau kita merasakan ia 'sarang tebuan'.

Apabila ia disentuh sudah pastilah ada kucar-kacir. Kita mahu menjamin bahawa rakyat tiada pemikiran kedua yang mengurangkan keyakinan kepada keranjaan negeri yang baru.

Dalam proses awal ini kita berjaya menangkis apa juga perkara yang melambat dan menghantui proses kerajaan baru ini malah kita akan berusaha untuk mengelak liku-liku yang akan menjejaskan hubungan antara kerajaan persekutuan dan negeri.

Bagaimana dengan perancangan Wilayah Pembangunan Koridor Utara (NCER), adakah akan diteruskan?

Barangkali secara kebetulan dan paling tepat ialah takdir Allah SWT, saya berkesempatan berjumpa dengan orang kuat NCER sendiri iaitu Dato' Seri Anuar Zaini memberi rakaman penghargaan kepada saya dan merasakan bahawa 'looking forward to various state newly government� untuk menjalinkan hubungan baik, untuk menjayakan NCER ini.

Saya menyambut baik dan dalam pertemuan itu Dato' Seri Anuar sendiri menyatakan bahawa ada beberapa perancangan dan perancangan itu tidak bersifat politik.

Oleh kerana BN menetapkan untuk memenuhi janji-janjinya dalam NCER, maka kita akan terus menyokong kerana itu azam YAB Perdana Menteri sendiri malah sudah ada perhubungan rapat yang telah terjalin antara saya sendiri dengan peneraju NCER ini.

Kita bermatlamat dan berharap bahawa pelaksanaan NCER ini sudah tentulah akan memberi peluang dari segi pekerjaan, pembangunan dan infrastruktur negeri ini.

Kita tidak perlu persoalkan buat masa ini sebab kita rasakan NCER ini boleh diteruskan termasuk apa yang dirancang oleh Jabatan Perdana Menteri dan sebagainya.

Dalam pada itu timbul di beberapa negeri kemungkinan di Perak dari segi salah-laku yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu termasuk isu fail-fail hilang seumpamanya, jadi adakah berlaku di sini atau pentadbiran Tuan Haji akan membongkar dan mengambil tindakan-tindakan atas salah laku berkenaan?

Yang ini juga merupakan elemen yang cukup kita berhati-hati dan mengambil pengajaran daripada negeri-negeri lain.

Hal ini memberi gambaran kepada masyarakat seolah-olah ada usaha untuk 'mencari kesalahan' ataupun 'witch hunting'. Kita seboleh-bolehnya tidak ada perasaan berdendam begitu.

Pada malam 8 Mac itu, setelah keputusan diumumkan ramai penyokong BA ini mula berkerumun dan mengepung bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) dan pejabat Menteri Besar sehinggakan polis dan anggota keselamatan terpaksa membuat tindakan. Jadi kita terpaksa menenangkan suasana.

Saya sendiri telah berhubung dengan Ketua Polis Perak, Dato� Zulkifli Abdullah sendiri sedangkan pada malam itu saya baru berjaya dipilih sebagai Adun Pasir Panjang, tetapi dalam suasana nak membina sebuah kerajaan, saya telah dipanggil oleh anggota keselamatan untuk menenangkan suasana.

Jam 4 pagi (9 Mac) saya beritahu kepada semua pimpinan PAS dan penyokong yang mengepung bangunan itu supaya bertenang dan setelah mendapat kepastian daripada Ketua Polis, barulah kita bersurai.

Kita telah diberi jaminan oleh Ketua Polis Perak bahawa tidak ada apa-apa barang yang keluar masuk daripada bangunan itu kecuali barangan peribadi atau persendirian dan anggota keselamatan telah memenuhi jaminan mereka.

Kita tidak ada niat untuk membongkar kerana kita merasakan perkara itu akan menokok-tambahkan kemarahan rakyat. Biarlah apa yang berlaku itu akan dinilai oleh rakyat sendiri.

Kita tidak mahu ia akan memberi gambaran yang negatif kepada kerajaan negeri yang baru, termasuk imej buruk kepada bukan sahaja kepada ahli-ahli PAS tetapi penyokong yang hendak menyokong kita seandainya perkara-perkara yang didakwa dan salah-laku itu tidak wujud.

Pendekatan dan 'approach' yang saya lakukan ini diterima baik oleh rakan-rakan, supaya tidak menujukkan kerajaan ini mempunyai sifat dendam dan hanya nak mencari kesalahan sahaja.

Walaupun perkara itu mungkin ada kerana sepanjang perjalanan kita nanti ia mungkin akan terserlah, kalau ianya berlaku kita akan berhubung dengan agensi kerajaan yang lain seperti Badan Pencegah Rasuan (BPR) untuk membuat tindakan mengikut proses undang-undang.

Kita tidak akan membuat tindakan sendiri, mencungkil atau mencari kesalahan orang. Jika ada, biarlah BPR dan polis atau agensi berkaitan melaksanakan tanggungjawab mereka.

Mungkin ada sesuatu yang Tuan Haji ingin perkatakan kepada barisan kepimpinan kerajaan terdahulu yaang diketuai oleh Dato' Seri Tajol Rosli?

Dalam ucapan semasa angkat sumpah, saya memberi penghargaan terima kasih kepada bekas menteri besar Dato' Seri Tajol Rosli dan wakil-wakil rakyat Umno di atas khidmat yang mereka telah sumbangkan kepada penduduk di negeri ini.

Saya juga membuat mengalu-alukan sekiranya ada perkara-perkara baik yang difikirkan perlu dan ingin mereka sampaikan, berilah cadangan itu kepada kami. Dan kita juga tidak secara terus-meneruskan menyatakan apa sahaja yang dirancang oleh mereka dalam konteks sedang, dalam dan akan dilaksanakan, kita akan terus cantas ... tidak sama sekali.

Kita akan mengkaji apa yang manfaatkan rakyat, kita akan teruskan. Mana-mana yang perlu 'ditablekan' semula kita akan kaji balik.

Jadi untuk itu kita tidak mahu membanyakkan musuh. Sudahlah musuh yang ada pun kita perlu tangkis inikan pula nak menambah musuh yang baru ... saya rasa itu tidak cermat dan tidak manfaat.

Harapan Tuan Haji sendiri dan saranan kepada rakyat khususnya di Perak? Berdepan situasi politik hari ini?

Kepada semua khususnya rakyat di negeri ini berilah kesempatan saya dan kerajaan campuran yang baru sekurang-kurangnya 100 hari. Tak pastilah sama ada 100 hari ini merupakan 'magical numbers' tetapi tiga bulan itu adalah suatu tempoh yang adil bagi menilaikan dan memberi peluang.

Sebab suasana di Perak merupakan 50 tahun dalam dakapan BN, jadi apa yang berlaku ini, satu perkara yang tidak boleh diduga dan tidak dapat kita 'imagine' malah nak dibayangkan sikit pun tak boleh.

Jadi untuk itu kita minta ya ... harapan kita supaya rakyat di Perak ini memberi sokongan.

Yang keduanya apa sahaja tohmahan-tohmahan, apa sahaja perkara yang tidak datang daripada sumber kerajaan campuran negeri Perak berupa sistem pesanan ringkas (SMS), surat-surat layang janganlah diambil kira dan dipedulikan.

Anggap itu sebagai taktik-taktik musuh menggunakan logo PAS dan menyatakan bahawa kerajaan ini akan mengharamkan macam-macam, anggap itu sebagai tidak betul.

Harapan saya kepada seluruh ahli-ahli PAS, penyokong PAS dan KeADILan untuk sama-sama kita berazam dan memohon pertolongan daripada Allah SWT mudah-mudahan dipanjangkan hayat dan dikukuhkan kerjaaan ini.

Kerana inilah merupakan struktur yang boleh memberikan suatu alternatif kepada rakyat negeri Perak yang boleh mencerminkan peradaban seluruh rakyat di negara ini.

Takdirnya struktur di Perak ini boleh bertahan, maka ianya merupakan 'the ideal example' (contoh terbaik) bagi negeri-negeri lain ... atas seba-sebab dan sifat uniknya. Jika Perak boleh bertahan apatah lagi di negeri-negeri yang tidak mempunyai kombinasi kaum seumpama ini.

Untuk itu saya merayu dan mengharapkan ... berilah peluang. - mks.

KEBENARAN AL-QURAN UNTUK RENUNGAN BERSAMA


RAHASIA BERTEMUNYA DUA LAUT YANG BERBEDA JENIS

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi."

(Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton acara TV `Discovery Chanel' pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli Oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke berbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat film dokumenter tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton oleh seluruh dunia.

Captain Jacques Yves Costeau, saat menemukan patung-patung perunggu peninggalan kapal romawi kuno yang karam.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya karena tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang asin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

 

Captain Jacques Yves Costeau, saat melakukan pendakian di Gunung Alpine. Saat itu terjadi kecelakaan fatal yang menyebabkan dirinya hampir mati.

Fenomena ganjil itu membuat bingung Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari tahu penyebab terpisahnya air tawar dari air asin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berpikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawaban yang memuaskan tentang
fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim , kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laayabghiyaan..." Artinya: "Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diartikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air asin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" Artinya "Dari keduanya keluar mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.

Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahwa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam .

Subhanallah... Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim. Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Waullahu a'lamu bishawab...


Mengenang Captain Jacques Yves Costeau

(11 Juni 1910 - 25 Juni 1997)

Berikut adalah koleksi foto beliau saat melakukan penyelaman di laut.

Captain Jacques Yves Costeau

 


  -------------------------------
Yaa Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-MU,
dan berilah aku manisnya berdzikir mengingat-MU.
Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-MU,
dengan kemuliaan-MU.
Dan jagalah aku dengan penjagaan-MU dan perlindungan-MU,
Wahai dzat Yang Maha Melihat.
---------------------------------

 


 

 


Wednesday, March 19, 2008

PERUTUSAN MB - HORMATI, TAAT KEPUTUSAN SULTAN

Hormati, taati keputusan Sultan Perak perkenan kerajaan campuran
Harakahdaily
Wed | Mar 19, 08 | 8:27:56 pm MYT

BAGAN DATOH, 19 Mac - Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin meminta semua pihak agar menghormati dan mentaati keputusan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang memberi perkenan dan merestui penubuhan kerajaan campuran pakatan DAP, KeADILan dan PAS di negeri ini.

Beliau berkata mana-mana pihak yang cuba mencabar arahan dan ketetapan Sultan Perak bermakna mereka telah menderhaka kepada institusi diraja.

Semua pihak perlu menghormati kerajaan campuran yang dibentuk kerana ia dipilih oleh rakyat melalui satu pilihan raya yang sah dan kerajaan ini tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 112 mangsa ribut kawasan Hutan Melintang dan Bagan Datoh di sini hari ini.

Menurut Bernama, Mohammad Nizar berkata demikian ketika ditanya mengenai tuntutan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penyebaran surat layang dan khidmat pesanan ringkas (SMS) di Perak yang mengesyorkan supaya diadakan semula pilihan raya umum baru kerana mendakwa kerajaan campuran negeri ini rapuh dan tidak stabil.

Sehubungan itu beliau menasihatkan penduduk negeri ini agar tidak mudah terpengaruh dengan surat layang serta SMS yang cuba memburuk-burukan kepimpinan kerajaan campuran yang mentadbir Perak.

Sementara itu Mohammad Nizar menegaskan bahawa semua ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang sedia ada di negeri ini perlu meneruskan tugas mereka seperti biasa kerana perkhidmatannya masih diperlukan oleh kerajaan negeri.

Beliau turut menafikan kononnya kerajaan negeri ada mengeluarkan arahan kepada ketua kampung dan JKKK supaya mengosongkan dewan orang ramai di kawasan masing-masing dan mengeluarkan wang akaun bank milik JKKK.

Menteri Besar itu yang kesal dengan dakwaan palsu yang disebarkan pihak tertentu itu berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua pegawai daerah, penghulu mukim, ketua kampung dan JKKK seluruh Perak pada minggu depan.

Monday, March 17, 2008

GAMBOR2 PERLANTIKAN MENTEGHI BESOR...

Koleksi Gambar: Penyerahan Watikah Perlantikan Menteri Besar Selangor
Wan Zahari Salleh
Mon | Mar 17, 08 | 2:33:12 pm MYT

Koleksi | Kejayaan pakatan PKR, Pas & DAP akhirnya membuahkan hasil di Negeri Selangor yang membolehkan Kerajaan Negeri yang baru dibentuk.

Majlis penyerahan watikah dan istiadat perlantikan Menteri Besar telah diadakan di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam yang diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Berikut dipaparkan sebahagian rakaman foto-foto sepanjang majlis berlangsung

MB KATE JKKK TAK PAYOH GHISO..

JKKK dan Kemas tidak akan dianiaya - MB Perak
Johari Jaafar
Mon | Mar 17, 08 | 3:24:42 pm MYT

IPOH, 17 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku penganiayaan terhadap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta ahli jawatankuasanya.

Oleh kerana itu beliau meminta mereka tidak merasa panik ataupun cemas kerana JKKK masih lagi berfungsi sebagai JKKK selagi perkhidmatan mereka belum ditamatkan.

"Saya akan mengkaji kedudukan JKKK, saya beri jaminan tidak akan berlaku penganiayaan, mana-mana pengerusi JKKK dan jawatankuasanya yang perkhidmatan mereka baik dan bersedia berkhidmat dengan kerajaan yang ada sekarang serta bersedia menerima dasar-dasar dan syarat-syarat kerajaan yang baru, kita pertimbangkan kedudukan mereka," jelasnya.

Beliau turut memberi jaminan sebarang kegiatan yang dijalankan selama ni di balai-balai raya dan di dewan orang ramai seperti aktiviti KEMAS masih boleh diteruskan seperti biasa, malah dewan orang ramai terbuka kepada semua pihak untuk menggunakannya.

"Saya mendapat maklumat terdapat pihak tertentu di kampung-kampung yang mengeluarkan peralatan perabot, kerusi meja dan sebagainya dari dewan dewan orang ramai, saya tidak faham kenapa berlaku insiden seumpama ini, sedangkan tidak ada arahan dari mana-mana pihak untuk mengosongkan balai balai raya dan dewan-dewan orang ramai, semua harta itu adalah milik kerajaan dan rakyat, bertukarnya kerajaan bukan bermakna harta kerajaan yang lama menjadi milik kerajaan yang terdahulu, ia tetap milik kerajaan dan rakyat," jelasnya lagi. - mns/ mr

KOMPOM ir Nizar JADI MENTERI BESOR

Mohammad Nizar, Menteri Besar Perak ke-10
Harakahdaily
Mon | Mar 17, 08 | 3:27:13 pm MYT

KUALA KANGSAR, 17 Mac (Hrkh) - Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru, selepas persetujuan mengadakan pakatan kerajaan campuran antara DAP, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan PAS untuk mengetuai pentadbiran kerajaan negeri dicapai.

ImageMenurut laporan Bernama, pada istiadat yang berlangsung pukul 11.40 pagi di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini, Mohammad Nizar, 51, menerima watikah pelantikan sebelum diteruskan dengan majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Menteri Besar yang ke-10.

Beliau yang berpakaian baju Melayu lengkap berwarna hitam kemudiannya menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk V. T. Singam.

Hadir sama pada istiadat itu ialah Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, Mufti Perak Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Menteri Besar Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali serta wakil anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada kerajaan campuran itu.

Di samping itu, turut kelihatan pada majlis angkat sumpah hari ini adalah Penasihat DAP Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa; Pesuruhjaya PAS Perak,Ustaz Ahmad Awang dan Pengerusi KeADILan Perak, Zulkifli Ibrahim.

Mohammad Nizar yang merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, menjadi wakil pertama daripada parti selain Umno yang menyandang jawatan Menteri Besar di Perak.

Kesemua sembilan Menteri Besar sebelum ini adalah daripada Umno semasa gabungan Perikatan dan selepas Barisan Nasional (BN) diwujudkan.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, pakatan DAP, KeADILan dan PAS menguasai 31 kerusi DUN berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya menang di 28 kerusi dan ketiga-tiga parti itu sepakat membentuk kerajaan campuran.

Mohammad Nizar yang menang kerusi DUN Pasir Panjang pada pilihan raya umum itu selepas menewaskan calon BN, S. Vasan dengan majoriti 4,474 undi merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science & Technology di Birmingham, England.

Mohammad Nizar menyertai PAS pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya Dato' Seri Rafidah Aziz.

Beliau yang ditemani isterinya Fatimah Taat pada majlis itu, mempunyai lapan orang anak, lima lelaki dan tiga perempuan.

Sepanjang berkecimpung dalam politik bersama PAS, beliau telah memegang beberapa jawatan iaitu Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan sebagai Yang Dipertua PAS Kampar.

Menteri Besar Perak yang baru itu memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Anglo Chinese (ACS) Kampar sebelum meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Anglo Chinese (ACS) Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh, dan menyambung pengajian peringkat A-Level dan ijazah di England.

Beliau memulakan kerjayanya bersama Jabatan Kerja Raya sebelum menjadi jurutera Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). - mks.

Thursday, March 13, 2008

PRU12 - ANALISA MENARIK

DiPetik Dr  www.Harakahdaily.net

Perkukuh kerajaan Alternatif, nafikan keangkuhan pakatan BN
Maulana Purnama
Fri | Mar 14, 08 | 11:55:36 am MYT

Melihat apa yang berlaku di Perak, ada orang Melayu sudah mula menyesal mengundi DAP. Begitu juga dengan orang Cina yang mengundi PAS.

Itulah masalahnya apabila rakyat Malasyia sudah terlalu biasa dengan sistem Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya ssuatu tidak normal dalam amalan demokrasi.

Dalam perhatian rakyat kepada apa yang berlaku di Perak, Selangor dan Pulauy Pinang, orang lupa tentang masalah yang dihadapi oleh BN untuk membentuk kerajaan di Perlis dan Terengganu walaupun mereka tidak perlu menubuhkan kerajaan campuran.

BN juga bermasalah, Cuma ia berlaku secara tertutup. Sebaliknya apa yang berlaku di antara DAP, PAS dan KeADILan diketahui umum dan secara terbuka.

Tambahan pula media yang dikuasai BN mengambil kesempatan dalam kesmpitan parti pembangkang.

Sedangkan apa yang dihadapi oleh PAS, DAP dan KeADILan ketika menubuhkan kerajaan campuran adalah suatu perkara biasa yang berlaku di seluruh dunia. Penubuhan kerajaan campuran merupakan dinamika politik demokrasi normal.

Sementara sistem BN dengan parti-partinya tunduk di bawah Umno adalah suatu yang tiodak normal, dan akhirnya mendatangkan kebekuan dalam politik di negara ini.

Justeru apa yang berlaku di Perak adalah suatu yang sihat. Perbahasan terbuka mengenai kehendak parti-parti yang terlibat dan akhirnya diharapkan akan mencapai kesepakatan.

Ia bukan suatu yang tidak stabil, tetapi merupakan sebahagian daripada proses demokrasi.

Malah ia lebih baik berlaku sekarang, sebagai suatu latihan dan pelajaran bagi parti-parti pembangkang dalam persediaan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan jika rakyat memerlukannya pada suatu hari kelak.

Sistem BN sudah ketinggalan zaman dan tidak menepati aspirasi rakyat.

Pada mulanya ia dibentuk sebagai kerajaan campuran Perikatan-Pas. Kemudian ia diperluaskan menjadi Perikatan-Gerakan-PPP.

Akhirnya ditubuhkan BN yang muncul dalam bentuk Umno sebagai parti dominan.

Sedangkan dalam kerajaan campuran, tidak ada parti yang dominan. PAS, DAP dan KeADILan adalah setaraf. Kekuatan merekas hanya bergantung kepada bilangan kerusi yang diperolehi.

Sebagai kerajaan-kerajaan baru di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sudah tentu akan berlaku pelbagai kesilapan.

Tetapi pengundi tidak harus menyesal kerana pilihan raya umum ke-12 membuka lembaran baru kepada cara berpolitik yang lebih demokratik dan adil.

Tidak ada patah balik. Walaupun mungkin BN boleh memperbaiki diri dan memenangi semula kerusi yang ia terlepas, tetapi rakyat negara ini tidak wajar pandang ke belakang.

Sesungguhnya BN sudah buruk dan perlu diganti untuk dirawat. Ia mesti menyesuaikan dengan iklim baru politik.

Seperti di Indonesia, Golkar yang zaman Suharto menguasdai negara itu perlu menyesuaikan diri dengan zaman reformasi di mana politik adalah terbuka.

Pengalaman ini juga berlaku di Taiwan, jepun, malah di Rusia. Di Taiwan, Kuomintang menyesuaikan diri dan kini mampu mencabar Parti Progresif Demokratik (DPP) yang memerintah. Begitu juga dengan Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun dan Parti Komunis Rusia yang menguasai parlimen tetapi gagal menjadi presiden.

Umno dan BN mungkin tidak pupus tetapi mereka mesti berubah. Mungkin akan makan masa lebih lama dan dalam perjalanan itu, mereka mampu menang semula mengatasi PAS-DAP-KeADILan, tetapi sempadan minda rakyat negara ini telah diterobos. Pembangkang mampu menubuhkan kerajaan.

Akan sampai masanya, KeADILan, PAS dan DAP terpaksa bertelagah dalam menbubuhkan kerajaan persekutuan setelah menang majoriti di negara ini. Pada masa itu, pengalamaan di Perak amat berguna.

KeADILan, PAS dan DAP sebagai parti berasingan mempunyai kekuatan sendiri berbanding dengan BN yang tergabung dalam parti.

Apa yang menjadi kemarahan orang Cina kepada MCA dan gerakan adalah kelemahan mereka ketika berdepan dengan Umno. Parkara itu tidak akan berlaku dalam kerajaan pembangkang.

Ini kerana DAP adalah setaraf dengan KeADILan dan PAS. Mereka boleh menyuarakan aspirasi kaum Cina tanpa bimbang diperlekehkan.

Sementara PAS pula juga berdiri setaraf dengan KeADILan dan DAP. Ketika PAS berada dalam BN, ia hanya mampu memiliki Menteri Besar di Kelantan.

Tetapi dalam kerajaan campuran PAS-DAP-KeADILan, bukan saja PAS berpeluang menjadi Menteri Besar di Kelantan dan Kedah, tetapi juga di Perak.

Justeru pada masa akan datang, parti kecil juga berpeluang menerajui pucuk pimpinan mana-mana negeri, mengiukut kesesuaian politik semasa.

Selain itu setiap parti, PAS, DAP dan KeADILan tidak berasakan kaum walaupun PAS adalah parti satu agama, DAP pula keahilannya adalah dominan Cina.

Tetapi seseorang Cina Islam boleh menyertai PAS, sementara seorang Melayu boleh menyertai DAP. Tidak seperti BN, hanya Gerakan dan PPP yang berbilang kaum.

Banyak pengulas yang menekankan perbezaan ideologi antara DAP dan PAS, sambil menggambarkan bahawa DAP dan KeADILan tidak mempunyai perbezaan ideologi.

Tetapi jika diteliti perjuangan ketiga-tiga parti mereka mempunyai lebih banyak persamaan daripada perbezaan.

Perjuangan menentang rasuah, persamaan antara kaum, membela orang terpinggir adalah serupa dan menjadi tonggak perjuangan.

Perkara ini tidak begitu dilaungkan oleh BN kerana mereka tidak berupaya melakukannya.

Dalam hal ini, pengundi tidak wajar menyesal mengundi PAS-DAP-KeADILan kerana perjuangannya adalah jauh lebih bersih daripada BN.

Sebaliknya pengundi-pengundi BN lah yang perlu menyesal. Ini kerana tindak-tanduk BN selepas pilihan raya melihatkan mereka sombong, pendendam dan enggan berubah.

Mereka mencari sebab kekalahan atas perkara-perkara kaedah seperti soal strategi dan calon. Sedangkan apa yang menimpa BN ialah kelemahan asas perjuangannya.

Selama ini ia mampu menang adalah keranan kekuatan jenetar dan strategi, dan kurang atas sebab asas perjuangan.

Dr Mahathir Mohamad menyalahkan Abdullah Ahmad Badawi kerana kekalahan BN ini, tetapi jika diteliti tentang apa yang dialami oleh BN dalam pilihan raya umum ke-12 ini, ia merupakan lanjutan kepada kesilapan Dr Mahathir.

Orang kata dua kesilapan Dr Mahathir ialah pemecatan Anwar dan pelantikan Abdullah.

Tetapi hakikatnya kesilapan Dr Mahathir ialah kegagalan untuk berubah dan reformasi.

Beliaulah yang mengecilkan ruang demokrasi bukan saja dalam negara tetapi dalam Umno.

Pemilihan parti ditangguhkan hingga Umno tidak dapat memperoleh pemimpin yang baik.

Amalan serupa itu dituruti oleh Abdullah, maka calon yang diletakkan oleh BN dalam pilihan raya umum ke-12 itu merupakan hasilnya. - mr

PRU12 - Maklumat untuk Oghang Utara

DiPetik dr www.harakahdaily.net

Awas provokasi hasut Melayu Pulau Pinang demonstrasi
Annuar Ismail
Fri | Mar 14, 08 | 10:59:53 am MYT

Parti KeADILan Rakyat Bahagian Bayan Baru pada 13 Mac 2008 telah menerima laporan umum berhubung satu hebahan secara sulit menghasut orang Melayu/Islam berdemonstrasi menentang kerajaan baru Pulau Pinang di Komtar, Pulau Pinang pada 14 Mac 2008.

Pihak KeADILan dan gabungannya bertegas tidak akan terlibat perhimpunan ini dan ia dipercayai didalangi oleh pihak-pihak pembangkang untuk negeri ini.

Pihak parti bahagian ini dimaklumkan juga kehilangan bendera-bendara KeADILan yang diletakan di beberapa tempat dan jalan-jalan sekitar bahagian ini.

Sehubungan itu, kami bimbang bendera-bendera kami akan disalah gunakan untuk tujuan yang dimaksudkan.

Suatu laporan polis berkenaannya telah dibuat di Balai Polis Sungai Nibong, Bayan Baru pada 11.00 malam, 13 Mac 2008 oleh Ketua Penerangan KeADILan Bayan Baru, Annuar Ismail bersama-sama jawatankuasa bahagian. Turut hadir adalah ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin.

KeADILan meminta semua pihak tidak terlibat usaha jahat yang telah dilakukan dengan menimbulkan ketegangan kaum dengan tujuan menimbulan keadaan cemas dalam negara akibat dihimpit kekalahan teruk parti-parti pembangkang negeri ini.

ANNUAR ISMAIL
Ketua Penerangan Bahagian Parti KeADILan Rakyat Bayan Baru - mr

MENTERI BESOR KITE - PAS, PKR, DAP capai kata sepakat

DiPetik dr www.Harakahdaily.net

Upacara angkat sumpah MB Perak bila-bila masa dari sekarang
Johari Jaafar
Fri | Mar 14, 08 | 10:07:45 am MYT

IPOH, 14 Mac (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Perak telah mengesahkan kesemua Adun daripada ketiga-tiga parti politik, DAP, PKR dan PAS telah mencapai kata sepakat untuk bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Kata sepakat itu katanya, telah dicapai jam 10.00 malam tadi di Pejabat PAS Negeri Perak setelah penjelasan diberikan kepada Adun KeADILan yang mempertikaikan pencalonan Menteri Besar daripada PAS dan pembahagian kerusi Exco.

Persetujuan telah dicapai berhubung pembahagian kerusi di mana DAP mendapat 6, KeADILan 3 dan PAS 2.

Kesemua Adun terbabit telah menandatangani penyataan persetujuan untuk menerima Haji NIzar sebagai Menteri Besar yang baru.

Selepas kata sepakat dan penyataan persetujuan diambil dari kesemua Adun dari ketiga-tiga parti, wakil-wakil dari DAP, KeADILan dan PAS telah bergegas pergi ke Istana Kinta untuk menyerahkan penyataan persetujuan kepada pihak istana.

"Upacara angkat sumpah Menteri Besar ke-10 di Istana Kinta akan dibuat pada bila-bila masa dari sekarang," ujar beliau.


A Very Weird One !



 

Weird

Count them and wait!

Count them again after the picture has changed . . .

This will drive you crazy!

WHERE DOES THE EXTRA MAN COME FROM? don't ask me; I haven't figured it out yet, that's why I sent it to you.


 

 

 



ANGKAT SUMPAH DIBATALKAN - PULAK DAH......

Majlis angkat sumpah MB Perak dibatalkan

13/03/2008 5:37pm

IPOH 13 Mac – Majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang dijadualkan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar petang ini, dibatalkan.

Pembatalan itu dipercayai ekoran polemik pelantikan Menteri Besar Ke-10 tersebut yang semalam dibantah oleh salah satu parti pembangkang, DAP yang menjalin pakatan bersama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menghadapi pilihan raya umum Sabtu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang dari Pas, Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin sepatutnya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pukul 4 petang ini di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman di Istana Iskandariah mengumumkan penangguhan istiadat angkat sumpah itu ke tarikh baru yang belum ditetapkan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam mengarahkan kesemua 18 wakil rakyat DAP di Perak tidak menghadiri istiadat mengangkat sumpah itu kerana tidak bersetuju dengan pemilihan wakil Pas sebagai Menteri Besar. Kit Siang hari ini memohon maaf atas kenyataan itu. Sementara itu, Istana Kinta dalam kenyataannya yang difakskan kepada Bernama memaklumkan bahawa penangguhan itu dibuat berdasarkan kepada perkembangan terkini yang menunjukkan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam penubuhan kerajaan campuran.

SAPE MENTERI BESOR BARU KOME???

Pengalaman luas aset utama Nizar terajui Kerajaan Negeri Perak
Johari Jaafar
Thu | Mar 13, 08 | 12:46:32 pm MYT

Mengenali Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

ImageBeliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul. "Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.

Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat. Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak. - mr

Friday, March 7, 2008

Aktivis PAS Parit dihalau Ketua Kampung kerana kempen PAS
Tarmizi Mohd Jam
Sat | Mar 01, 08 | 1:15:26 pm MYT

PARIT, 1 Mac (Hrkh) - Seorang aktivis PAS yang gigih, Othman Tahar atau lebih dikenali Man Kelantan telah dihalau oleh Ketua Kampung Lambor Kanan, Mokhtar Razali kerana terlalu berang melihat Othman dan isteri berkempen dari rumah ke rumah mengajak pengundi mengundi PAS.

Othman berasal dari Ketereh, Kelantan dan berkahwin dengan adik mantan Pengarah Pendidikan Mara, Dato' Husein Ibrahim. Mertuanya, Allahyarham Ibrahim adalah aktivis kuat PAS yang lebih dikenali sebagai "Kulop Lambor".

Bagaimanapun, sikap kentalnya berdepan dengan karenah begitu sudah menjadi asam garam perjuangannya, beliau tetap meneruskan kempennya malah lebih ligat dari biasa agar pengundi sedar tentang ketempangan BN.

Akibat tindakan liar ketua kampung itu itu, lebih ramai penduduk kampung tersebut simpati dan "berdendam" akan membuktikan dalam pilihan raya kali ini calon BN Dun Bota, Nasyaruddin Hasyim dan calon BN Parlimen Parit, Nizar Zakaria tumpas pada tangan PAS dan KeADILan.

Ekoran pengguguran Dato' Che Ri Daud, penyandang Dun Bota musim lalu, dikatakan hampir sepakat penduduk Kg. Lambor Kanan, Kg. Teluk Bedayung, Kg. Tua Batu 16 dan Rimba Raja, akan mengundi pembangkang sebagai protes terhadap tindakan Umno Bahagian Parit membelakangkan calon mereka dari Kg. Tua Batu 16 itu.

Untuk rekod, kemenangan PAS pada tahun 1969 dan 1999 ditandai dengan sokongan padu penduduk dari Mukim Lambor ini. - mns