Google
Hasil Carian Kome Kat Bawah Nun...

Monday, September 7, 2009

1999 & 2009 - Ada Kesedihan Di Dalamnya


Dengan Nama Mu Ya Allah aku coret kan kisah ini…Kisah lara kisah duka yang cukup menghiris hati ini. Namun kepasrahan adalah pujukan yang membelai jiwa penenang emosi.. Ya Allah ku Pohon kan yang terbaik dan terindah diatas cobaan2 yang silih berganti.. Cukuplah Dikau Uji kami buat tika ini Oh Tuhan yang Hidup dan Tetap Mengurus Hamba-HambaNya.

Subhanallah, rupanya sudah hampir setahun langkauan masa sejak kali terakhir aku mengatur tari jemari di dada blog ini hingga tika ini. Di Rusuk blog ini ada rakaman berkait yang membawa kepada kemuncak episod duka di tahun ini. 2009, tahun yang penuh ujian buat keluarga Ku, keluarga Hj Muhamad dan Hjh Ramlah. Antara mereka, antara kami pastinya aku yang paling merasai kesedihan berganda.

Merenung dan mengenang kembali lakaran di dada blog ini, pastinya kami tidak dapat melupakan saat2 getir 2008, Sudah 9 tahun Abah meninggal kan kami sekeluarga, perginya tak kembali lagi. Tahun 1999, waktu itu aku sedang melalui tahun akhir di UTM skudai. Abah sudah melalui kepayahan ujian dari Ilahi lebih dari 3tahun. Penderitaan ParkinsonNya menyukarkan dan menghadkan pergerakan Abah. Mungkin tanda2 akan episod kepayahan telah diawali tika mudanya lagi. Memang aku tiada lagi, tapi diceritakan bahawa mulut abah pernah herot semasa dewasanya. Walaubagaimana pun alhamdulillah sembuh dengan ikhtiar kampung. Dikatakan seorang insan yang punyai kecelaruan minda mampu menjalankan sedikit ikhtiar dalam perubatan kampung lah yang mengubati Abah. Insan ini mirip kepada Allahyarham P Ramli tika belianya, suara pun saling tak tumpah. Shaari anak Pak Uida Ganjang memang insan istimewa. Insan yang hidup dlm kemiskinan di Kg Teluk Sena, kampung dimana Abah dan Emak membesarkan aku.

Penderitaan abah bermula dengan rasa kebas dan sakit di lengan tangan kanan nya. Hari berganti hari, minggu berganti minggu segala ubatanyang ditelan, urutan yang di buat nampaktak berhasil. Tangan abah tampak makin kejang, kini tangan yang fleksibel menjadi sedikit bengkok dengan jari yang agak tertarik kedalam. Sampai suatu masa, abah terpaksa makan menggunakan sudu Cuma. Jari yang dahulunya boleh meramas sempurna makanan yang terhidang kini terhad pergerakannya.