Google
Hasil Carian Kome Kat Bawah Nun...

Monday, March 17, 2008

MB KATE JKKK TAK PAYOH GHISO..

JKKK dan Kemas tidak akan dianiaya - MB Perak
Johari Jaafar
Mon | Mar 17, 08 | 3:24:42 pm MYT

IPOH, 17 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku penganiayaan terhadap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta ahli jawatankuasanya.

Oleh kerana itu beliau meminta mereka tidak merasa panik ataupun cemas kerana JKKK masih lagi berfungsi sebagai JKKK selagi perkhidmatan mereka belum ditamatkan.

"Saya akan mengkaji kedudukan JKKK, saya beri jaminan tidak akan berlaku penganiayaan, mana-mana pengerusi JKKK dan jawatankuasanya yang perkhidmatan mereka baik dan bersedia berkhidmat dengan kerajaan yang ada sekarang serta bersedia menerima dasar-dasar dan syarat-syarat kerajaan yang baru, kita pertimbangkan kedudukan mereka," jelasnya.

Beliau turut memberi jaminan sebarang kegiatan yang dijalankan selama ni di balai-balai raya dan di dewan orang ramai seperti aktiviti KEMAS masih boleh diteruskan seperti biasa, malah dewan orang ramai terbuka kepada semua pihak untuk menggunakannya.

"Saya mendapat maklumat terdapat pihak tertentu di kampung-kampung yang mengeluarkan peralatan perabot, kerusi meja dan sebagainya dari dewan dewan orang ramai, saya tidak faham kenapa berlaku insiden seumpama ini, sedangkan tidak ada arahan dari mana-mana pihak untuk mengosongkan balai balai raya dan dewan-dewan orang ramai, semua harta itu adalah milik kerajaan dan rakyat, bertukarnya kerajaan bukan bermakna harta kerajaan yang lama menjadi milik kerajaan yang terdahulu, ia tetap milik kerajaan dan rakyat," jelasnya lagi. - mns/ mr

No comments: