Google
Hasil Carian Kome Kat Bawah Nun...

Friday, March 7, 2008

Aktivis PAS Parit dihalau Ketua Kampung kerana kempen PAS
Tarmizi Mohd Jam
Sat | Mar 01, 08 | 1:15:26 pm MYT

PARIT, 1 Mac (Hrkh) - Seorang aktivis PAS yang gigih, Othman Tahar atau lebih dikenali Man Kelantan telah dihalau oleh Ketua Kampung Lambor Kanan, Mokhtar Razali kerana terlalu berang melihat Othman dan isteri berkempen dari rumah ke rumah mengajak pengundi mengundi PAS.

Othman berasal dari Ketereh, Kelantan dan berkahwin dengan adik mantan Pengarah Pendidikan Mara, Dato' Husein Ibrahim. Mertuanya, Allahyarham Ibrahim adalah aktivis kuat PAS yang lebih dikenali sebagai "Kulop Lambor".

Bagaimanapun, sikap kentalnya berdepan dengan karenah begitu sudah menjadi asam garam perjuangannya, beliau tetap meneruskan kempennya malah lebih ligat dari biasa agar pengundi sedar tentang ketempangan BN.

Akibat tindakan liar ketua kampung itu itu, lebih ramai penduduk kampung tersebut simpati dan "berdendam" akan membuktikan dalam pilihan raya kali ini calon BN Dun Bota, Nasyaruddin Hasyim dan calon BN Parlimen Parit, Nizar Zakaria tumpas pada tangan PAS dan KeADILan.

Ekoran pengguguran Dato' Che Ri Daud, penyandang Dun Bota musim lalu, dikatakan hampir sepakat penduduk Kg. Lambor Kanan, Kg. Teluk Bedayung, Kg. Tua Batu 16 dan Rimba Raja, akan mengundi pembangkang sebagai protes terhadap tindakan Umno Bahagian Parit membelakangkan calon mereka dari Kg. Tua Batu 16 itu.

Untuk rekod, kemenangan PAS pada tahun 1969 dan 1999 ditandai dengan sokongan padu penduduk dari Mukim Lambor ini. - mns

No comments: